P2: The New Prologue (via WordPress.com News)

17 12 2010

P2: The New Prologue Update: Check out this dedicated site for P2. Today we're extra-pleased to introduce you to a new theme that reinvents what it means to group blog on WordPress.com. We call it P2 (in the style of K2, the update on the classic Kubrick theme), and it's an extensive revamp of Prologue, the brainchild of last year's winter retreat. Prologue broke ground when it brought microblogging to WordPress.com. Now it's cooler, faster, sleeker, and ready for 20 … Read More

via WordPress.com News





Nafas baru

4 06 2009

Salam sejahtera buat semua.. kali ni ak cuma nak bagi tahu yang blog aku di alamat www.tupsyco.com dah beroperasi kembali… buat masa sekarang ni kasih sayang 2 kena bahagi antara 2 blog ni la.. hehhe.. jadi yang maner sempat akan diupdate….. hehe….





Portfolio !!

27 05 2009

DSC03775Fail aper ni ?? tebal2 sume… inilah fail utk subjek aku n dak2 kelas aku sem ni…. sem depan ada lagi… sampai la abis dapat degree nanti….. kenapa kena buat sume ni ??? MQA nak check… ooo…. tiap sem2 ke?? adess… busan camni… wet bis banayk buat sume 2…. bukan ak nak berkira… tapi entah la…. perlu ke ?? ak sendiri pon xpaham… mungkin “Saya Yang Menurut Perintah” macam kat surat2 rasmi rasanya…..





Cuti ?

27 05 2009

Pasti ramai yang gembira bila mendengar perkataan ini, “cuti” dan sama waktu dengannya. Jauh di sudut hati masing tersimpan perasaan gembira kerana dapat bercuti. Tentu ramai yang sudah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang cuti , ibubapa merancang untuk bercuti dengan keluarga, kita sendiri ada yang merancang nak bercuti dengan rakan2 ,tidak kurang juga nak keluar bersiar2 dengan kekasih hati masing2…hehe

Pada aku , setiap kali cuti pasti aku akan merancang sedikit cuti aku ini supaya x rasa boring sangat dok kat umah saja… melakukan kerja2 rutin.. biar masa aku terisi dengan keluarga, rakan2 dan diri sendiri… melakukan aktiviti yang aku minat semestinya menjadi keutamaan….hehe….

Terkadang cuti yang x buat apa2 membuatkan aku berfikir… alangkah bagus jika aku balik kolej semula… pergi kuliah.. xkira la kuliah aper… kuliah akademik ke… kuliah cinta ke…. dan byk lagi la…. lihat lah alam sekeliling kita…. sebab semua 2 memberikan kita pengajaran. Berbalik kepada apa yang aku katakan tadi, bila dalam keadaan bercuti.. kita merasa nak je blaja lagi… habiskan semester yang masih berbaki 7 sem ni… aku la…..  begitulah sebaliknya.

Mengingati pesanan emak aku, “Kalau kita xsibuk,Kita xkan perolehi peluang dalam hidup ” , berfikir panjang gak aku ngan kata2 mak aku ni… lastly aku sedar, betul cakap mak aku…. mmg dah banyak ak nampak pekara yang berlaku kepada diri aku… pengalaman yang aku timba sepanjang hidup ini. Terasa Hidup ini kosang kalau tidak buat apa2 yang boleh mendatangkan faedah dan keseronokan…

Akhir kata utk post ni, selamat bercuti kepada semua rakan2.. cuti ak akan pergi ke langkawi menghadiri kursus dan insyaallah 15 jun aku akan pergi ke hutan pahang utk melaksanakan latihan medan di sana selama 2 minggu….





Secawan Kopi

22 05 2009

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. Para pelajarnya menjawab, “Ya, balang kaca itu sudah penuh”. Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,”Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.

Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,”Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, “Ya, sudah penuh”. Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,”Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?”.

“Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu”, jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

“Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat”, Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, “Habis, air kopi tu melambang apa pula?”. Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, “Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah priority.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.